Tuesday, March 31, 2015

NUKILAN RASA BERHANTU III

Cahaya Azan

Aku disini jiwaku disana kau dimana
Termangu termenung tunduk terkenangkan dia
Ada apa dengan dia
Ada apa dengan aku
Huh! cinta itu pelik
Aku tak kenal siapa dia sebenarnya
Aku tak kenal hati dia bagaimana
Aku tak tahu apa isihatinya
Aku tak tahu latarbelakangnya
Aku tahu dia menceriakan aku
Aku tahu dia menyinari hidupku
Aku tahu dia buat aku jatuh cinta
Huh! Cinta itu pelik
Aku cinta dia
Aku tak tahu kenapa apa sebabnya
Aku tahu dia pun tahu
Aku bagitahu sebab aku tak tahu malu
Aku tahu dia tak mahu
Aku pasrah segala usaha temui jalan buntu  
Oh! Tuhan Aku Berserah PadaMu

NUKILAN RASA BERHANTU II

Rapuh

terlihat namamu mendebar jiwa ku
Terdengar namamu menggugat nadiku
Bayangmu menemaniku tika saat kusut melanda tika saat indah menjelma
Terlihat gambarmu jiwaku rapuh hingga ke fajar

Senyumanmu lirikan matamu keceriaanmu sinar wajahmu menghantui hidupku
Aku kecundang aku gagal meneguhkan tembok jiwaku
Kau datang kau pergi aku terkapai
Aku malu aku tidak waras dihadapanmu
Rapuhnya jiwaku hanya kau yang tahu
Aku tahu.. rindu..cinta dihatiku tak seirama hatimu

Semoga mimpi indah sentiasa menemani tidurmu

Saturday, March 28, 2015

NUKILAN RASA BERHANTU

Your heart like a diamond

Kau terang ku gelap
Kau siang ku malam
Kau disana ku disini
Kau cantik ku biasa kurang menarik
Kau menyinar ku semakin malap
Kau dipuji ku xmemuji
Dunia mu penuh warna duniaku tanpa warna
Kau ceria ku suka
Kau bahagia ku terharu
Kau disayangi ku kekal penuh harap
Kau intan permata ku kaca tak berharga
Kau disukai ku jatuh hati
Kau tak balas ku tak mengharap

Secebis kenangan yang menceriakan hidupku
Secebis kenangan yang menghantui hidupku
Secebis keceriaan yang memberikan sinar
Secebis senyuman yang meleburkan hati
Secebis renungan yang tak mungkin ku terima lagi
Secebis rasa yang dalam yang sukar untuk ku tanam dilautan hindi

Bahagiamu kesihatanmu hanya pengharapanku dikejauhan..... terima kasih