Saturday, August 17, 2013

Puisi

Air Kencing Iblis
Karya: pari    


Dah dilarang tapi masih dilayan
Dah diberitahu dibuat taktahu
Dah membazir tapi dibelanja
Dah abis masih dicari
Dah kepangkal masih dicucuh
Dah berazam tapi dilupakan
Dah ditahan masih disimpan
Dah ilang diganti baru
Dah naik masih ada diperuntukan
Dah ditunjuk masih tak sedar
Dah disedut dihembus pula
Dah sakit esok lusa sambung lagi
Dah tak simpan diberi pula
Dah benci disuka pula akhirnya
Dahla tak bertitik pula

Friday, August 16, 2013

Puisi

Tumbang sia sia
Karya: pari


Satu persatu gugur
Bukan pertahanan bukan keadilan
Bukan kerana agama bukan kerana bangsa dan negara
Bukan dibenarkan malah akan dijejaki diadili Terpampang didada akhbar

Salah siapa salah apa dia
Siapa yang salah
Kita yang salah

Kejam ngeri tak berperi manusia
Mana hak mana letak
Amanah mana tanggungjawab mana
Kenapa

Dendam benci irihati
Karma
Sedih pilu rundum hati berdarah bercuka getah Lahar hati penuh membara

Sabar ingat Tuhan
ALLAH Maha Mengetahui ALLAH Maha Adil

Puisi

Alam lain
Karya: pari


Baring mengiring arah kiblat 
Gelap sunyi sepi dan senyap 
Padat mampat tanah melekat 
Tanah liat tanah gembur terikat berserat 
Kotor kusam berdaki menempel sana sini kapan 
Muka terbuka tidak bernafas lidah terkatup hidung tersumbat mengadap tanah 
Busuk bau tanah 
Hitam tak berwarna cahaya pun tak sampai 
Makin lama makin mampat terhimpit sendat tak bergerak oh tanah 
Batu apa terpacak satu dikepala satu dikaki 7 kaki 5 kaki diatas 
Rumput belum tumbuh tanah baru basah disiram air bunga   

aku dahaga Lapar nak makan nasik 
nak kata tak terjerit nak ngadu tak terluah nak meminta tak terdengar 
Bagai ada tembok besar menghalang bagai ada jambatan tak terlihat nak dilangkah 
Manakan boleh kau alam lain aku alam lain 
Alamak kerja dapur aku tak selesai kerja pejabat aku belum siap 
Alamak lupa nak bayar hutang motor aku hutang rumah aku hutang kereta aku...aduh macamana.. 
Manakan boleh kau alam lain aku alam lain   
Mana sedara aku kenapa tak datang jenguk aku jenguk nisan aku.....oh Tuhan   
Macam dah setahun aku kat sini   
Druupp!! Drapp!! Shrettt!! Ahhh...bunyi apa pula tu
Oh si penggali kubur balik kerja
   
Kalaulah dikembalikan nyawaku akan ku beribadah kepada Mu setiap masa YaAllah.